Sabtu, 6 September 2014

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA




Firma Guaman, Cik Yatt mula ditubuhkan pada 1 Julai 2014 oleh Cik Muriyati bt Tuka. Pada awal penubuhannya, ia dikenali sebagai Yatt & CO. Setelah kemasukan Cik Siti NurAishah bt Noor Azman sebagai rakan kongsi, Firma ini berubah dari pemilikan tunggal kepada pemilikan perkongsian pada 27 Ogos 2014 dan nama firma pula diubah kepada Yatt_Sha & CO sehingga kini.

Firma ini dikendalikan oleh dua orang rakan kongsi iaitu Muriyati bt Tuka dan Siti NurAishah bt Noor Azman , Manakala dibantu oleh 15 orang pembantu perundangan termasuk staf sokongar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan pelbagai agama dan bangsa, Iaitu kaum Cina, kaum Melayu dan kaum India.  Sehubungan dengan itu, kami berdua sebagai peguam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Uitm), Shah Alam.

Di samping itu, Syarikat kami juga menyediakan khidmat kaunseling, membantu mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil misalnya, kes-kes jenayah, rompakan, pembunuhan dan sebagainya. Manakala, kes-kes sivil pula merangkumi kes kemalangan jalanraya,pencerobohan,penculikan dan lain-lain lagi. Dalam hal ini juga kami menubuhkan syarikat kami kerana ingin membantu mengurangkan bebanan PDRM dalam menyelesaikan kes-kes jenayah dan sivil.


Selain itu juga, syarikat kami telah mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.  Di mana syarikat kami telah menerima 78 kes jenayah dan 22 kes sivil dan semuanya kes-kes tersebut syarikat kami dapat mengendalikannya.  Maka, kerajaan mengiktiraf syarikat kami pada 30 Ogos 2014 sebagai firma guaman yang dijadikan contoh di antara firma-firma guaman di dalam negara Malaysia.  Pengikirafan firma guaman ini dirasmikan oleh Dato' Mahmud Syamsuhaddin Bin Abdul Harithan selaku Ketua Hakim Malaysia yang diadakan di Dewan Perundangan Kuala Lumpur.





OBJEKTIF

Objektif utama firma ini adalah untuk menjadikan firma guaman bumiputera yang terkenal dengan mutu perkhidmatan yang cemerlang dan menjadi model kepada firma-firma guaman yang lain.  Di samping itu,firma ini juga ingin memastikan bahawa setiap kerja yang diberikan kepada firma akan diawasi secara terus oleh pemilik,rakan kongsi atau peguam bertugas bagi memastikan kepentingan anakguam sentiasa terpelihara dan untuk mengelakkan kehidupan perkeranian serta memupuk nilai kerjasama.  Firma ini juga akan sentiasa mencuba untuk mengutamakan kepuasan dan kepentingan anakguam dalam perkhidmatan yang diberikan oleh firma dan sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.

MISI

Membantu masyarakat atau individu dalam mengendalikan kes-kes jenayah yang berleluasa di negara Malaysia dan mengurangkan bebanan yang dipikul oleh mereka pada masa ini.

VISI 

Visi firma ini adalah untuk mendapatkan pencapaian yang lebih baik dalam profesion guaman bagi memastikan firma ini adalah lebih terkemuka, kompetitif dan menjadi firma pilihan di Malaysia.


Khidmat dan Servis YATT_SHA &CO.

Khidmat Nasihat ( Kaunseling)

1.)Litigasi Sivil
  • Tuntutan-tuntutan sivil berhubung dengan kontrak
  • Usahasama
  • Kontrak sivil
  • Sewabeli 
  • Hartana 
  • Undang-undang Syarikat 
  • Harta pusaka
  • Probet dan Surat Kuasa Mentadbir 
  • Kemalangan serta tuntutan-tuntutan melalui Tribunal Koperai 
  • Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan


2.) Litigasi Jenayah

  • Kesalahan-kesalahan pengedaran dan penyalahgunaan dadah menurut Akta Dadah berbahaya 1952 kesalahan yang melibatkan kemalangan Jalanraya menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BAHAGIAN DALAM FIRMA GUAMAN





  • Ini merupakan sudut di mana pelanggan yang ingin membuat temujanji bersama peguam.Di dalam sudut ini terdapat bahan-bahan bacaan yang boleh dibaca sementara menunggu peguam untuk membuat perundingan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.


BAHAGIAN RUANG PARA STAF FIRMA GUAMAN



  • Ini adalah contoh bahagian ruang para pekerja yang dikhaskan untuk menjalankan kerja masing-  masing mengikut jawatan yang telah diberikan oleh peguam firma.







  • Gambar ini, menunjukkan para pekerja sokongan yang mengendalikan tugas dalam bahagian Litigasi Sivil. Mereka sedang berusaha menjalankan tugas yang diberikan walaupun terdapat pelbagai bangsa dalam satu bahagian pengkhususan kerja.





  • Manakala gambar ini pula menunjukkan para pekerja mula menjalankan tugas mereka pada waktu pagi semasa mula bekerja atau beroperasi iaitu, pada jam 8.30pagi hinggga 5.30petang. Ini adalah ruang bahagian kerja yang melaksankan tugas mengenai  Litigasi Jenayah. Sehubungan itu juga, gambar ini menunjukkan para pekerja berusaha melaksanakan tugas dengan penuh komitmen yang tinggi.


ABOUT US:


Sesiapa yang memerlukan khidmat kami dalam mengendalikan kes-kes jenayah atau sivil yang anda hadapi. Anda bolehlah hubungi kami secara terus melalui laman web syarikat kami di Firma Guaman Yatt_Sha & CO. yang beralamat di:
(Jalan Angsana 2, Mawar Istana 4 Jalan Putrajaya 1, Tingkat 2, Blok A Kuala Lumpur 805001).
Di samping itu juga, syarikat kami menyertakan nombor Telefon kami iaitu ( 03-23230881) bagi syarikat kami juga ada sertakan nombor faks bagi memudahkan penghantaran dokumen anda dan boleh Fax di nombor ini : (03-61101992) .


KESIMPULAN

Kesimpulannya, blog Firma guaman Yatt_Sha&C0 dapat membantu menyediakan perkhidmatan bagaimana cara untuk mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil di Malaysia.  Sehubungan itu, perkhidmatan ini  juga dapat membantu mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh masyarakat kita. Melalui blog ini juga, masyarakat yang menghadapi masalah seperti kes curi,pembunuhan,kemalangan dan sebagainya bolehlah menghubungi blog ini secara atas talian.  Hal ini demikian kerana blog ini memudahkan masyarakat untuk mengunjunginya di laman web kerana teknologi yang canggih kini tidak perlu bersusah-payah mencari firma guaman secara fizikal.  Namun, hanya melayari internet dengan lebih cepat dan mudah.


Oleh yang demikian, syarikat kami berharap agar mendapat sambutan yang lebih baik dari kalangan masyarakat.  Sehubungan dengan itu, masyarakat lebih prihatin dalam memberikan kerjasama dan sokongan padu terhadap syarikat kami.  Oleh itu, syarikat kami amat menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh masyarakat.


CONTOH KES SIVIL (BULI):






Ini merupakan antara contoh video mengenai kes sivil iaitu kes buli yang pernah menjadi fenomena seketika dulu.  Di mana kes buli ini dilakukan oleh para pelajar di sekolah .



CONTOH KES JENAYAH (KEMALANGAN JALANRAYA):







Video ini menunjukkan kes jenayah mengenai kemalangan jalan-raya.  Iaitu, kemalangan ini berlaku  semasa lori itu membuat u-turn namun, lori itu melanggar motor yang sedang membuat u-turn pada masa itu.



-SEKIAN TERIMA KASIH-

2 ulasan:

  1. Baccarat - Why Join Bet365? - FBCAsino
    Baccarat is one of หาเงินออนไลน์ the most 바카라사이트 popular table games in Canada. It is widely played in casinos such 인카지노 as PokerStars, Baccarat and so much more. But is it legal?

    BalasPadam
  2. The Lucky Club Live Casino site
    Welcome to the Lucky Club Live Casino site. Come and learn all you need to know about it and get in the luckyclub.live know. If you don't already know,

    BalasPadam